TAIF



Taif (Bahasa Arab: الطائف‎, aṭ-Ṭā’if) terletak di wilayah Makkah, pergunungan Al-Sarawat Arab Saudi, bekas wilayah Hijaz, Arab Saudi. Suhu Thaif amat menyenangkan sepanjang tahun . Dengan menaiki kereta kabel pemandangannya begitu indah dan banjaran gunung Sarawat didepan mata . Bukit berbatu kerikir inilah junjungan kita mendaki bersama sahabat baginda Zaid Bin Harithah dengan hanya berjalan kaki menuju ke kota Thaif pada bulan Syawal tahun ke 10 kenabian baginda . Selama sepuluh hari baginda berada di bumi Thaif dan begitu berat dugaan diterimanya . Baginda dihalau sejauh 3 batu , dibaling dengan batu oleh penduduk Thaif . Belum sempat untuk berdakwah baginda dihujani dengan lontaran sehingga kedua kakinya berdarah . ئف‎, aṭ-Ṭā’if) terletak di wilayah Makkah, pergunungan Al-Sarawat Arab Saudi, bekas wilayah Hijaz, Arab Saudi. Memandu dari Jeddah mengambil masa 2 jam, dari Makkah 60km jaraknya. Oleh kerana terletak ketinggian 1,879 m (6,160 kaki), kawasan ini selalu dituruni hujan, bandar ini mempunyai iklim yang dingin sepanjang tahun dengan musim panas yang ringan dan musim sejuk yang sejuk. Taif dalam bahasa arab bermaksud ‘merangkumi’ . Taif ialah Bandar pertanian yang terkenal dengan pertanian anggur , delima dan ros . Taif Rose adalah wangian yang paling mahal didunia . Wangian ros inilah yang melekat di kelambu Kaabah.

 
 Pemandangan dari atas bukit kelihatan sayup-sayup bandar Mekah 

Masjid Abdullah Ibn Abbas, makamnya tidak jauh dari masjid ini

Sahabat Abdullah bin al- Abbas r.a, utusan dakwah Nabi bagi penduduk Taif. Beliau terus duduk di sini membimbing penduduk Taif hinggalah kewafatannya. Perjalanan ke dakwah rasulullah ke Taif Bukhari meriwayatkan dari Urwah, bahwa Aisyah ra. isteri Nabi SAW bertanya kepada Nabi SAW katanya: ‘Adakah hari lain yang engkau rasakan lebih berat dari hari di perang Uhud?’ tanya Aisyah ra. ‘Ya, memang banyak perkara berat yang aku tanggung dari kaummu itu, dan yang paling berat ialah apa yang aku temui di hari Aqabah dulu itu. Aku meminta perlindungan diriku kepada putera Abdi Yalel bin Abdi Kilai, tetapi malangnya dia tidak merestui permohonanku! ‘Aku pun pergi dari situ, sedang hatiku sangat sedih, dan mukaku muram sekali, aku terus berjalan dan berjalan, dan aku tidak sadar melainkan sesudah aku sampai di Qarnis-Tsa’alib. Aku pun mengangkat kepalaku, tiba-tiba aku terlihat sekumpulan awan yang telah meneduhkanku, aku lihat lagi, maka aku lihat Malaikat jibril alaihis-salam berada di situ, dia menyeruku:

     ‘Hai Muhammad! Sesungguhnya Allah telah mendengar apa yang dikatakan kaummu tadi, dan apa yang dijawabnya pula. Sekarang Allah telah mengutus kepadamu bersamaku Malaikat yang bertugas menjaga bukit-bukit ini, maka perintahkanlah dia apa yang engkau hendak dan jika engkau ingin dia menghimpitkan kedua-dua bukit Abu Qubais dan Ahmar ini ke atas mereka, nescaya dia akan melakukannya!‘ Dan bersamaan itu pula Malaikat penjaga bukit-bukit itu menyeru namaku, lalu memberi salam kepadaku, katanya: ‘Hai Muhammad!’ Malaikat itu lalu mengatakan kepadaku apa yang dikatakan oleh Malaikat Jibril AS tadi.

     ‘Berilah aku perintahmu, jika engkau hendak aku menghimpitkan kedua bukit ini pun nescaya aku akan lakukan!’ ‘Jangan… jangan! Bahkan aku berharap Allah akan mengeluarkan dari tulang sulbi mereka keturunan yang akan menyembah Allah semata, tidak disekutukanNya dengan apa pun!’, demikian jawab Nabi SAW. 

Musa bin Uqbah menyebut di dalam kitab ‘Al-Maghazi’ dari Ibnu Syihab katanya, bahwa Rasulullah SAW apabila bapa saudaranya, Abu Thalib, meninggal dia keluar menuju ke Taif dengan harapan agar penduduknya akan melindunginya di sana. Maka beliau menemui tiga pemuka Tsaqif, dan mereka itu bersaudara, yaitu: Abdi Yalel, Khubaib dan Mas’ud dari Bani Amru. Beliau menawarkan mereka untuk melindunginya serta mengadukan halnya dan apa yang dibuat oleh kaumnya terhadap dirinya sesudah kematian Abu Thalib itu, namun bukan saja mereka menolak beliau, tetapi mereka menghalaunya dan memperlakukan apa yang tidak sewajarnya. (Fathul Bari 6:198 – dari sumber Ibnu Ishak, Shahjh Bukhari 1:458, dan berita ini dikeluarkan juga oleh Muslim dan Nasa’i).

Abu Nu’aim memberitakan dengan lebih lengkap dari Urwah bin Az-Zubair ra. katanya: Apabila Abu Thalib meninggal, maka semakin bertambahlah penyiksaan kaum Quraisy ke atas Nabi SAW Maka beliau berangkat ke Taif untuk menemui suku kaum Tsaqif dengan harapan penuh, bahwa mereka akan dapat melindunginya dan mempertahankannya. Beliau menemui tiga orang dari pemuka suku kaum Tsaqif, dan mereka itu pula adalah bersaudara, yaitu: Abdi Yalel, Kbubaib dan Mas’ud, semua mereka putera-putera dari Amru, lalu beliau menawarkan dirinya untuk diberikan perlindungan, di samping beliau mengadukan perbuatan jahat kaum Quraisy terhadap dirinya, dan apa yang ditimpakan ke atas pengikut-pengikutnya. Maka berkata salah seorang dari mereka: Aku hendak mencuri kelambu Ka’bah, jika memang benar Allah mengutusmu sesuatu seperti yang engkau katakan tadi?! Yang lain pula berkata: Demi Allah, aku tidak dapat berkata-kata kepadamu, walau satu kalimah sesudah pertemuan ini, sebab jika engkau benar seorang Utusan Allah, nescaya engkau menjadi orang yang tinggi kedudukannya dan besar pangkatnya, tentu tidak boleh aku berbicara lagi kepadamu?! Dan yang terakhir pula berkata: Apakah Allah sampai begitu lemah untuk mengutus orang selain engkau? Semua kata-kata pemuka Tsaqif kepada RasuluUah SAW itu tersebar dengan cepat sekali kepada suku kaumnya, lalu mereka pun berkumpul mengejek-ngejek beliau dengan kata- kata itu. Kemudian ketika beliau hendak pergi meninggalkan Tha’if itu, mereka berbaris di tengah jalannya dua barisan, mereka mengambil batu, lalu melempar beliau, setiap beliau melangkahkan kakinya batu- batu itu mengenai semua tubuh beliau sehingga luka-luka berdarah, dan sambil mereka melempar, mereka mengejek dan mencaci. 

     Setelah bebas dari perbuatan suku kaum Tsaqif itu, beliau terlihat sebuah perkebunan anggur yang subur di situ. Beliau berhenti di salah satu pepohonannya untuk beristirahat dan membersihkan darah yang mengalir dari kaki dan tubuhnya yang lain, sedang hatinya sungguh pilu dan menyesal atas perlakuan kaum Taif itu. Tidak lama kemudian terlihatlah Utbah bin Rabi’ah dan Syaibah bin Rabi’ah yang baru sampai di situ. Beliau enggan datang menemui mereka, disebabkan permusuhan mereka terhadap Allah dan RasulNya dan penentangan mereka terhadap agama yang diutus Allah kepadanya. Tetapi Apabila ‘Utbah dan Syaibah melihatkan Rasulullah, mereka berasa kasihan.

     Lalu mereka menghantar seorang hamba Nasrani bernama ‘Addas membawa sebekas  anggur kepada Rasulullah saw. “Pergilah engkau membawa anggur anggur ini kepada mereka berdua di sana itu.” Perintah ‘Utbah kepada hamba Nasrani itu yang bernama ‘Addas. Baginda saw amat gembira kerana ada juga penduduk Taif yang mengasihani mereka. Baginda saw. mengucapkan terima kasih kepada ‘Addas. Ketika Baginda mahu memakan anggur itu, Baginda mengucapkan “Bismaillahir Rahmaanir Rahim” lalu Baginda menyuapkan anggur itu ke mulut Baginda. Apabila ‘Addas mendengarkan ucapan baginda itu, ‘Addas berasa hairan lalu berkata: “Kalimah yang kau ucapkan itu tidak dituturkan oleh penduduk negeri ini”. Lalu Rasullullah bertanya kepadanya: “Kamu datang dari negeri mana dan apa agama anutan kamu?” Lalu ‘Addas menjawab: “Aku penganut agama Nasrani dan aku berasal dari negeri Ninawa (sebuah negeri di Iraq).” Baginda bertanya lagi: “Kau dari negeri seorang soleh bernama Yunus bin Mataa”. Lalu ‘Addas bertanya: “Apa yang kau tahu tentang Yunus bin Mataa?” Rasulullah menjawab: “Dia itu saudaraku. Dia ialah seorang nabi dan aku juga seorang nabi!”. Lalu Rasulullah membaca ayat al-Quran surah Yunus yang menceritakan perihal Nabi Yunus. Mendengarkan itu, ‘Addas berasa begitu takjub lalu mengucup kepala, tangan dan kaki Rasulullah. Lalu ‘Addas memeluk Islam di situ juga. Kemudian Addas kembali mendapatkan tuannya Utbah dan Syaibah lalu Addas dimarahi kerana memuliakan Rasulullah saw. Mereka berkata, “Celaka kau wahai Addas, kenapa kau mengucup kepala, tangan dan kaki lelaki itu?” Lalu ‘Addas menjawab, “Wahai tuanku, tiada apa di dunia ini yang terlebih baik daripada apa yang aku lakukan tadi kerana sesungguhnya lelaki itu telah mengkhabarkan kepadaku perkara yang tidak diketahui manusia biasa kecuali oleh seorang Nabi!”

Demikianlah kesusahan yang ditanggung Rasulullah saw. dalam melaksanakan perintah Allah swt. Baginda saw. sangat ingin menyelamatkan umatnya. Hebatnya jiwa seorang Nabi!!

(Dala’ilun-Nubuwah, hal. 103)
Sumber : kitab hayatushab


Pasar Buah Taif 

Kereta Kabel Telefric Taif

Kebun Bunga di Taif


Ada yang berminat untuk menghayati dan mengimbau kisah Rasulullah ini bersama kami secara PERCUMA dengan Pakej Umrah Nov - Dis 2016 ?

Sila hubungi kami di talian  :
07- 230 5625

Atau datang ke pejabat kami :
Lot SR 2b, Bengkel Smart Auto Langkasuka, 80350 Johor Bahru